Tuesday, 19 April 2016

HAPPY :)

Assalamualaikum. Hai teman-temaannn.. hehe 

Lama saya menyepikan diri.. sorry ye, mula-mula buat blog haritu kemain lagi cakap nk post something, at least seminggu sekali.. tu tahap paling malas la tu kononnya..

tapiiiii..
ni haaa, tengok first post, gila ko dah nak masuk sebulan baru nak buat second post. tsk tsk tsk *geleng kepala* maaf maaf. :B

Topik harini HAPPY. Apa yang happy sangat tu? hahaaa.. sekarang ni pukul 7.13 minit petang, saya baru je balik daripada kelas gamelan. harini dah belajar lagu yang ke enam tak silap saya, lagu togok. tapi harini kelas gamelan sangat la sekejap berbanding dengan kelas sebelum-sebelum ni sebab budak-budak junior ada show katanya.. so diorang kena praktis lebih.

dah tu, apa yang happy nya? tak cakap pun..

hehee, happy pasal tadi sempat tengok group suju duk main lagu cak doh gong live. walaupun tu hanya latihan diorang, aku happy sebab selama ni duk tengok show diorang dalam youtube je. haaaaaa tengok aku punya kemaruk ngan gamelan cemana, hahaha

Saya ngan kawan-kawan... eishh, tak best! kena guna 'aku' jugak, spoil cerita pakai saya awak awww aww.. hahaha

Aku ngan kawan-kawan tadi duduk kat belakang je tengok group junior main, maklumlahh kita super junior.. baru belajar lagu basic sekarang ni. takpe takpe. sabar ye Naa.

ni aku tunjuk sikit ape yang aku tengok dalam kelas tadi, tapi maafla video tak kemas, curi curi amek je.. muehehehehe 

so sini korang boleh bukak video tadi..

for now, aku kena pergi dulu, sebab dah maghrib.. and malam ni aku ada latihan teater pulak. so, jumpa lagi ye, daaa~ :)


Tuesday, 22 March 2016

Bonjour ! [Hello in France]

Assalamualaikum...


Salam perkenalan buat tuan puan encik cik adik kakak abang saudara saudari dan semuanya yang sedang membaca blog saya sekarang ini. 

Ni post pertama saya, so agak krik krik tak tahu nk cakap apa lagi..*,* hehe

Maaflaa kalau saya punya #salamperkenalan agak informal, sebab sy sendiri pun tak formal, dan saya fikir korang pun tak gemar sangat formal-formal ni kan.. haa, sooo baguslah, kita kamceng! hehehe pandai je buat andaian:B

takpe, takpe...bukan yang tu yang kita cari, yang penting mesej yang nak disampaikan.. formal tak formal ni bonus je, dia just tunjukkan kita punya inner self and manner. betul tak? haaa..

Lagipun, hidup formal sangat tak best, kan? Kita nak 'huha-huha' takde masalah, as long as kita ikut guideline yang betul, ada limit dia dan istiqomah mematuhi, insyaAllah semua akan selamat. 

So, kita start taaruf dulu kejap yep :B

Nama saya Nazirah Arisah. Panggil je saya Naa. 
 Umur 20. Student lagi. Saya suka buat self-discovery.
 Ehmm, apa lagi?

Ala, benda basic je.. tak payah la nk cerita banyak sangat sekarang ni, nanti dalam post-post lain korang tahu jugak kan? haaaa, so.. sampai sini dulu lah. Nanti kita sembang lagi.

Merci [disebut Mehrsi]. Maksud dia terima kasih. 
Terima kasih sebab sudi luangkan masa membaca blog saya.

Jumpa lagi, Assalamualaikum. :)